Blog


Batu Hitam

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu                                                                    
diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa 
anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
[Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)] 


Setiap ciptaan Allah swt di muka bumi ini pasti ada kelebehan tersendiri. 
Terpulang pada kita untuk mencari rahsia rahsia yang terselindung di sebalik 
sesuatu ciptaan itu. Bagi mereka yang rajin mencari dan mengkaji sesuatu 
ciptaan itu, maka mereka lah orang orang yang beruntung.


Begitu juga ciptaan Allah yang bernama Batu Permata. Batu ada banyak 
jenis batu. Tetapi batu permata adalah sejenis batu yang mengandungi 
berbagai bagai jenis warna dan kilauan. Setiap batu permata itu ada 
harga nya. Batu permata juga ada daya tarikan tersendiri. Jadi tidak 
dinafikan setiap pemakai yang memakai perhiasan dari jenis2 batu ini 
saja dapat menarik dan merasakan tarikan dari batu batu ini. 


Selain itu suka saya nyatakan di sini, di antara batu-batu yang dijadikan 
sebagai perhiasan (batu) cincin itu ada yang mempunyai KHASIATNYA . 
Ini merupakan salah-satu tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala . 
Khasiatnya pula ada berbagai bergantung kepada jenis batu ataupun kayu 
yang dijadikan batu cincin itu .


Ada diantaranya mampu (dengan izin Allah Ta’ala pastinya) merawat demam, 
menawarkan racun, menyejukkan tubuh. Kita mungkin juga pernah mendengar 
dari pemakai atau pemilik batu batu ini yang mengaku batu batu ini 
mempunyai Khasiat dan kelebihannya seperti dipermudahkan rezeki, rezeki 
bertambah, pengasih umum, pelembut hati, kesian, dan penyeri wajah.


Ada pula yang digunakan dengan cara merapatkan batunya dengan jari 
si pemakainya agar terasa kesan (khasiat) batu itu, seperti ia mampu 
menstabilkan sistem dalaman badan seseorang .


Itulah di antara khasiat batu cincin. Khasiat ini bukanlah satu perkara 
yang pelik dan bukanlah pula sesuatu yang ganjil memandangkan batu-batu 
cincin itu sendiri ada yang berasal daripada muka bumi dan ada pula yang 
berasal daripada pokok-pokok yang berkhasiat .


Batu batu permata ini tiada BERKUASA. 
(KUASA sebenar dan mutlaq) hanyalah pada Allah Ta’ala . 
Allah Ta’ala jugalah yang Maha Memberi Manfaat dan Maha Mendatangkan 
Mudharat. 

Anggap saja batu batu permata ini, samada di ikat sebagai cincin atau 
rantai hanyalah sebagai hiasan diri saja dan janganlah anggap batu batu 
permata itu sebagai tangkal.


Iktiqad wajib diperbetulkan. "Kita adalah apa yang kita fikirkan".